Alhamdulilah, setelah sekian lama sis menyepi, sis berkesempatan untuk berkongsi beberapa mutiara kata daripada buku kat atas yang berguna lagi bermanfaat,n berkemungkinan akan mengubah cara hidup untuk menjadi seorang insan yg baik dan berubah untuk jadik lebih baik n triple baik ,
macamtuu jugak sis.
1) " Manusia ciptaaan Tuhan adalah baru sifatnya. Untuk menuju kematangan, sudah tentu kita akan berubah menjadi lebih baik ".
2) " Menjadi seorang guru adalah fitrah bagi seorang wanita. Ia sifat semula jadi ibu sebagai pendidik kepada anak2nya ".
3) " Sesiapa yg mempelajari al-Quran sehingga akhir hayat, para malaikat akan menziarahi pusaranya sepertimana umat Islam menziarahi Masjidil Haram ".
4) DOA RASULULLAH SAW: " Semoga Allah menghimpunkan yg terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat."
( Pada hari pernikahan puterinya,Fatimah Az Zahra dengan Saiydina Ali bin Ali Talib)
5) " Cintailah bahasa Arab,kerana tiga perkara. Pertama, kerana aku adalah orang Arab, Al-Quran dalam bahasa Arab, dan bahasa penghuni syurga juga bahasa Arab."
6) NASIHAT UMAMAH BINT AL- HARITH : ( Di hari perkahwinan anak perempuannya)
'O my daughter, if a woman were able to do without a husband by virtue of her father's wealth and her need for her father, then you of all people would be most able to do without a husband, but women were created for men just as men were created for them.
'O my daughter, you are about to leave the home in which you grew up, where you first learned to walk, to go to a place you do not know, to a companion with whom you are unfamiliar. By marrying you he has become a master over you, so be like a servant to him, and he will become like servant to you.
' Be careful, O my daughter,of showing joy in front him when he is upset, and do not show sorrow in front of him when he is happy, because the former shows a lack of judgment, whilst the latter will make him unhappy.
' Show him as much honour and respect as you can, and agree with him as much as you can, so that he will enjoy your companionship and conversation.'
7) " Tiga perkara yg Allah berikan pahala walaupon dilakukan tanpa niat. Memandang Baitullah, melihat huruf2 dlam Al-Quran, walaupon tidak membacanya dan memandang wajah ibu bapa ".
8) SEORANG SUFI DIKHABARKAN di dlm mimpi bahawa dia bakal berjiran dgn seseorang di dlm syurga nanti. Gembiranya hati dan dia pergi mencari jiran yg dimaksudkan sehinggalah dy bertemu dgn seorang lelaki di tempat maksiat sedang menogok arak. Alangkah terkejutnya sang sufi lalu memarahi si lelaki lantas meninggalkannya. Belum sempat dy meninggalkan tempat tersebut sang sufi ditahan oleh si lelaki yg dikatakan bakal menjadi jirannya di dalam syurga dan mengatakan sang sufi pentingkan diri. Kata si lelaki, sepatutnya lelaki sufi tersebut menasihatinnya dan mengajaknya meninggalkan maksiat tersebut. Lelaki sufi tersebut terkesima dgn kata2 si lelaki dan timbul keinsafan di dalam hati.
Demikianlah kehidupan ini ada timbal baliknya. Islam tidak suka sikap individualistik. Hidayah Allah ini bukan dinikmati sendiri2, sebaliknya perlu disebarkan kepada insan2 lain. Jangan hanya berusaha menjadi baik untuk diri sendiri sahaja tetapi insan lain hanyut n tidak diajak sama,malah memandang jelek kepada insan2 yg masih bergelumang dgn dosa.Begitulah ajaran sebenar Islam!
#RoadbacktoAllah

No comments:
Post a Comment