Tuesday, 26 April 2016

1. (b) BAHAGIAN BUKU ILMIAH



Alhamdulilah, setelah sekian lama sis menyepi, sis berkesempatan untuk berkongsi beberapa mutiara kata daripada buku kat atas yang berguna lagi bermanfaat,n berkemungkinan akan mengubah cara hidup untuk menjadi seorang insan yg baik dan berubah untuk jadik lebih baik n triple baik ,
macamtuu jugak sis.


1) " Manusia ciptaaan Tuhan adalah baru sifatnya. Untuk menuju kematangan, sudah tentu kita akan berubah menjadi lebih baik ".



2) " Menjadi seorang guru adalah fitrah bagi seorang wanita. Ia sifat semula jadi ibu sebagai pendidik kepada anak2nya ".



3) " Sesiapa yg mempelajari al-Quran  sehingga akhir hayat, para malaikat akan menziarahi pusaranya sepertimana umat Islam menziarahi Masjidil Haram ".



4) DOA RASULULLAH SAW: " Semoga Allah menghimpunkan yg terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah  serta pemberi rasa aman bagi umat."
( Pada hari pernikahan puterinya,Fatimah Az Zahra dengan Saiydina Ali bin Ali Talib)


5) " Cintailah bahasa Arab,kerana tiga perkara. Pertama, kerana aku adalah orang Arab, Al-Quran dalam bahasa Arab, dan bahasa penghuni syurga juga bahasa Arab."



6) NASIHAT UMAMAH BINT AL- HARITH : ( Di hari perkahwinan anak perempuannya)

 'O  my daughter, if a woman were able to do without a husband by virtue of her father's wealth and her need for her father, then you of all people  would be most able to do without a husband, but women were created for men just as men were created for them.

 'O my daughter, you are about to leave the home in which you grew up, where you first  learned to walk, to go to a place you do not know, to a companion with whom you are unfamiliar. By marrying you he has become a master over you, so be like a servant to him, and he will become like servant to you.

 ' Be careful, O my daughter,of showing joy in front him when he is upset, and do not show sorrow in front of him when he is happy, because the former shows a lack of judgment, whilst the latter will make him unhappy.

 ' Show him as much honour and respect as you can, and agree with him as much as you can, so that he will enjoy your companionship and conversation.'

  
 7) " Tiga perkara  yg Allah berikan pahala walaupon dilakukan tanpa niat. Memandang Baitullah, melihat huruf2 dlam Al-Quran, walaupon tidak membacanya dan memandang wajah ibu bapa ".



8) SEORANG SUFI DIKHABARKAN di dlm mimpi bahawa dia bakal berjiran dgn seseorang di dlm syurga nanti. Gembiranya hati dan dia pergi mencari jiran yg dimaksudkan sehinggalah dy  bertemu  dgn seorang lelaki di tempat maksiat sedang menogok arak. Alangkah terkejutnya sang sufi lalu memarahi si lelaki lantas meninggalkannya. Belum sempat dy meninggalkan tempat tersebut sang sufi ditahan oleh si lelaki yg dikatakan bakal menjadi jirannya di dalam syurga dan mengatakan sang sufi pentingkan diri. Kata si lelaki, sepatutnya lelaki sufi tersebut menasihatinnya dan mengajaknya meninggalkan maksiat tersebut. Lelaki sufi tersebut terkesima dgn kata2 si lelaki dan timbul keinsafan di dalam hati.

Demikianlah kehidupan ini ada timbal baliknya. Islam tidak suka sikap individualistik. Hidayah Allah ini bukan dinikmati sendiri2, sebaliknya perlu disebarkan kepada insan2 lain. Jangan hanya berusaha menjadi baik untuk diri sendiri sahaja tetapi insan lain hanyut n tidak diajak sama,malah memandang jelek kepada insan2 yg masih bergelumang dgn dosa.Begitulah ajaran sebenar Islam!
#RoadbacktoAllah


2. (d) BAHAGIAN MEDIA MASSA




Sunday, 28 February 2016

2 (c) BAHAGIAN MEDIA MASSA


" CEMBURUNYA SEORANG SAHABAT "

Situasi apabila seorang sahabat kita nie "sahabat rapat"  tetiba keluaq dengan sahabat yang lain tanpa pengetahuan kita,Tup2 dy post dekat laman sosial kata yg dy pergi ke suatu tempat nie dengan sahabat tu.Waktu tu mulalah macam2 perasaan marah ada,benci ada,salahkan diri pon ada.Dan yang paling penting n satu set ialah perasaan "CEMBURU",betui dak??? ( kenapa dy p x bagitau aq,apa kelebihan sahabat sorang lagi tu,aq x cukup baik lagi ka,kenapa dy ceita something dekat sahabat lebih daripada dy ceita dekat aq,kenapa x aq?????????? kenapa???, sis pon pernah berada di dalam situasi macam nie.

Oleh itu,di sini ada kata putusnya,sepatutnya di dalam Islam tidak ada,atau x patut ada langsung perasaan cemburu ketika bersahabat.Oleh kerana,jika kita bersahabat kerana Allah kita tidak patut ada perasaan cemburu tu semuanya hanya adalah bisikan syaitoon.Sebagai contohnya,ketika di zaman Rasulullah SAW,Abu Bakar merupakan sahabat Rasulullah yang paling rapat dan setia,tetapi para sahabat yang lain tidak pernah berasa cemburu terhadap Abu Bakar,sebaliknya mereka berkasih sayang sesama satu antara yang lain,semua hanya kerana Allah.Sahabat yang baik akan mendoakan sahabat yang dikasihinya di depan Allah dengan penoh bergelindangan air mata hnya semata2 untuk kesenangan n kebahagianan  sahabat.Dan dy akan mnagasihi sahabatnya seperti mana dy mngasihi dirinya sendiri atau mungkin lebih dari itu.

Seorang sahabat yang baik dan mngikut peintah n meninggalkan larangan Allah  dan berkemungkinan akan masok ke dalam syurga tetapi bergantung kepada keredhaan Allah.Apabila seorang sahabat yang baik,memasuki syurga,dy bertanya kepada Allah,Ya Allah, mana sahabat aq yang bersama dengan aq ketika aq di dunia,Pastu Allah mnjawab mereka telah masok ke dalam neraka kerana mereka telah melakukan maksiat kepada ku.Akan tetapi sahabat yang baik n soleh ini   ingin membela n ingin memasokan sahabat yang tinggal di didalam neraka ke dalam syurga dengan mnyebut kepada Allah,Ya Allah,sahabat aq sorang nie telah melakukan kebaikan kepada aq,masokkan la dy ke dalam syurgamu.Lalu Allah memasokkan sahabat itu ke dalam syurga,Oleh itu,sis ingin mngajak,sahabat2 yang lain untuk mmperbanyakkan lagi sahabat yang soleh dan solehah kerana mereka jugak boleh mmberikan syafaat ketika di akhirat kelak.
#RoadbacktoAllah

Tuesday, 2 February 2016

3 (b)  BAHAGIAN PENGALAMAN HIDUP

"PERWATAKAN TIDAK SEPENOHNYA MELAMBANGKAN KEJAHATAN"

Kita sebagai  manusia sudah terbiasa dengan sekali tengok perwatakan seseorang terus menghukum dengan mngatakn bahawa dia nie seorang yang macam nie,macam nuh n dll.Tapi kita selalu terlepas pandang bahawa perwatakan tu kadang2 boleh menghalang kita daripada melihat kejernihan dan ketulusan hati seseorang.betui dak??

Situasi dy macm nie:
Dengan perwatakan seseorang tu kita dah set dekat minda bahawa kita x suka dekat dy dan akhirnya apa2 saja yg dy buat even benda tu baik, semunya x elok dan bersangka bahawa dy nie hnya untuk menunjuk2.

Tetapi,dlam hati x dak siapa yang tahu,berkemungkinan dy berperwatakan macam tu disebabkan masalah2 yang telah dihadapinya dan berkemungkinan jugak masalah  dan ujian yang Allah bagi dekat dy jaoh lebih besaq dan berat berbanding kita punya ujian.Tetapi kita nie senang2 menghukum dy macm tu.PERINGATAN UNTUK KITA SEMUA N SIS JUGAK YANG KADANG2 TERLEKA. 

Dlam kita x suka dekat dy tetapi dy teringat dekat kita sampai mai melawat walaupon x la serapat mana.Tetiba dalam hati terdetik,berdosanya aq berperangsangka buruk dekat dy.dan cepat2 istigfar.Tu la kan Allah tu Maha Adil,Setiap orang tu x semuanya buruk pasai dy, mesti ada walaupon sikit kebaikan di dlm hati,yang kadang2 tu kita terlepas pandang.Kerana setiap anak adam yang dilahirkan semuanya suci dan murni,Dan memang fitrah kita sebagai manusia suka akan kebaikan dan benci akan keburukan.Waallahu'alam.KITA HNYA MAMPU BERDOA AGAR ALLAH BUKAKKAN HATI DY UNTUK BERTAUBAT DAN KEMBALI KE JALAN YANG DIREDHAI ALLAH.
#RoadbacktoAllah

Saturday, 9 January 2016

2 (b) BAHAGIAN MEDIA MASSA

"ILMU"

Ada  seorang penduduk nie,dy sedang berjalan2 dekat pekan.Dari jauh dy dengaq huru hara dekat pekan tu,dy pon p la tengok apa yang dok berlaku.Penduduk dekat situ bagitau bahawa raja di negeri tu akan bertukaq,so sapa yang suka rela untuk mengantikan raja itu ,,tapi syaratnya ialah selepas sepuluh tahun pemerintahannnya  raja itu akan dibuang negeri ke tempah yang jaoh lagi tandus...semua penduduk menolak kerana takut dibuang negeri.

Pemuda berhasrat untuk menjadi raja,pastu orang kampong nasihatkannya bahawa jangan terima tawaran tu,kelak dy sendiri akan rugi..Tetapi pemuda itu tetap teguh dengan pendiriannya,Akhirnya,dy pon terima tawaran tersebut.

Dari awal2 lagi pemuda tu dh plan untuk masa depan dy,
Tahun yg pertama,dy perintahkan orang untuk pergi tengok sendiri tempat yg dy kan di buang negeri.
Tahun kedua,dy perintahkan jurutera untuk pergi melihat tempat tu.
Tahun ketiga,dy hantaq orang untuk bercucuk tanam dekat tempat yg kering lagi tandus itu.
Tahun keempat,dy arahkan engineer untuk bina bangunan.
Dan sampailah tahun yang terakhir,iaitu tahun yang kesepuluh dy sudah bersedia untuk dibuang negeri,

KESIMPULANNYA, pekan tu umpama dunia,negeri yang dy bakal dibuang negeri tu adalah syurga dan segala yang dy telah lakukan sebelum di buang negeri adalah bekalan hidup seperti puasa,sedekah,solat n dll.

Pesan buat pembaca n sis sendiri,sementara kita masih bernyawa n diberikan kekuatan untuk membuat amal kebaikan ,buatlah selagi mna yang mampu,walaupon sekecik2 kebaikan kerana kita x tau yg mna satu  amalan yang akan membuatkan kita untuk masok ke dlam syurga.Sebab tu la kita sangat memerlukan ilmu untuk laksanakn amal.Ade pahamm???
Seperti perumpamaan:bank.
Sekarang kita punya pulun cari duet n simpan dalam bank,nnti hujung2 atau ada kecemasan baru kita akan keluarkan duet.
Macam tu laa jugak amal,sekarang kita punya pulun buat amal kebaikan,nnti dekat syurga nnti kita akan keluar kan amal yang kita telah lakukan di muka bumi nie sebagai tiket untuk masok ke syurga yang telah dijanjikan oleh Allah..In sha Allah.;)
#RoadbacktoAllah

3 (a) BAHAGIAN PENGALAMAN HIDUP



Allomyces Gamatophyte


                                                                             Chara


     Waktu petang masa di makmal biologi,semua pakat kalut tunjuk skills masing2 walaupon ada yang x betui  termasok sis yang berpura2 pro tapi bak kata MR FAKRUL hmpa buat2 la profesional walaupon kmi nie amatur...

Waktu examine slide semua pakat teruja tengok microorganism ini,itu ada yang warna-warni n macam2 bentuk yang unik..Semua dengan tekunnya examine slide masing2 n lastly tangkap gmbaq untuk buat report yang akan datang.Sebagai contohnya,SILA RUJUK PERKARA DI ATAS;)

Lpas semua dh hbis examine ,tetiba MR FAKRUL berucap,dy tanya apa tujuan kita belajaq.Adakah untuk dapat A atau pointer yang tinggi@ dekan??????...Pastu seorang student nie jawab la kita belajaq untuk dapat ilmu.Pastu MR  add on  lagi...lpas kita dpat ilmu, kita(sebagai makluk) akan kenai kepada Sang Pencipta yang telah cipta semua benda yang ada kt kt muka bumi nie.

Dalam Surah Al Kahfi,ayat 7

"Dan sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi ini sebagai perhiasan baginya,kerana kami hendak menguji mereka,siapakah di antara mereka yang lebih baik amalnya"

Even benda kecik pon ada pencipta...
*Tetiba deep statement tuu...KANN..*tetiba dlm hati,terpikiaq kita nie manusia sombong n bangga diri.berasa diri berkuasa,boleh buat semua benda... padahai ada yang lebih berkuasa,ALLAH.

MR tambah lagi,kita nie x kira la students atau x,nk buat keja2 apa2 pon mesti bersungguh-sungguh.cthnya:klo nk belajaq,belajaq sungguh2 pakar dlam satu2 bidang..kerana itu lah salah satu ciri muslim yang sejati
#RoadbacktoAllah

Saturday, 2 January 2016

2(a) BAHAGIAN MEDIA MASSA

Hidup nie umpama bola golf,semakin dekat dengan penghujungnya,semakin banyak pukulannya,
SELAMAT BERAMAL;)
#TANYALAH USTAZ TB9
#2 JANUARI 2016/SABTU/11.38 PM