Saturday, 2 January 2016

1)(a) BAHAGIAN BUKU ILMIAH

"SEMBANG KENCANG"

Nama aq Samdol Bin So'od.

Orang biasa panggil aq Samdol.Aq merupakan seorang aktivitis dakwah di kampus di samping aktivitis masyarakat.Dalam  organisasi dakwah aq pegang jawatan timbalan presiden.Dan aq juga memegang beberapa jawatan dalam persatuan yang lain.

Kalau dari segi luaran ,orang sangat hormat aq.Aq selalu pakai kopiah dan kadang- kadang serban.Yang membuatkan aq sedikit berbeza,aq bukan dari fakulti pengajian Islam,sebaliknya aq fakulti Sains.Itu yang membuatkan aq  mendapat perhatian dari ramai orang terutamanya muslimat.

Malah aq sering dijemput untuk memberikan tazkirah atau pengisian di fakulti  atau kampus universiti lain.Sebenarnya aq bukan saja baru aktif dakwah di kampus ,aq aktif sejak zaman persekolahan lagi.Aq selalu  bagi pengisian dan tazkirah  di sekolah dulu,terutamanya bab ikhtilat.Kalau setakat roomate aq masa sekolah,habis panas telinga aq sekolahkan.kira kononnya aq ini pendakwah lejen la.Sikit lagi nak naik makam malaikat.;)

Untuk pengetahuan hampa semua,di kampus aq bukan hanya menberi pengisian dan tazkirah,aq juga bawa usrah.Dan konon uniknya,aq bawa usrah"campur"dan aq yang menjadi "naqibnya".Dan yang paling penting aq jugalah yang mengasaskannya walaupun ramai kawan aq yang tak setuju.

Tetapi kini di kampus.Aq ada satu masalah........ikhtilat.

"In sha Allah,ana rasa sekejap lagi pun dah nak pukul 11.00 malam.Sebelum ana tangguh usrah kita minggu nie,ana ingatkan sekali lagi kita sentiasa  bertaqwa kepada Allah,dan yang paling penting memahami agama ini sebaiknya.Wallahu'alam".

Selesai usrah campur kami minggu nie,kami terus menunaikan solat Isyak berjemaah.Namun kali ini,solat Isyak aq tak khusyuk,Sama seperti sebelum ini,tetapi kali nie langsung tak khusyuk.Sebab apa????????

Sebab.... aq teringatkan  wajah seorang muslimat yang baru saja sertai usrah kami minggu nie.Muslimat tersebut  sumpah cantik bak bidadari bermata jeli.Boleh melting beb bila tengok dia.Lebih-lebih lagi kalau dia kongsi sedikit pandangan dia.Dan yang lebih menarik perhatian aq,dia dengaq pengisian aq dengan penuh khusyuk.Ia membuatkan aq acah-acah 'semangat' lebih.

Ah....Tau-tau ja dah nak bagi salam.Memang solat Isyak aq tak khusyuk langsung.Habis solat Isyak aq terus meminta izin untuk pulang ke kolej kediaman.Sebelum aq pulang,sempat jugak aq usha sikit ke arah muslimat,kowt2 ternampak  muslimat tadi.Namun sejuta kali sayang,batang hidung pon tak nampak.

Cis.

Dalam hati ada sedikit hampa,tetapi di dalam hati  aq terus berfikir,

"Siapa nama muslimat tu erk???"

Jam sudah menunjukkan pukul 12.50 malam,Aq cuba untuk lelap mata.Maklumla,esok kelas pukui 8.00 pagi.Nanti esok mengantuk  dalam kelas.Kalau tidoq dalam kelas,macam mana nak jadi qudwah(teladan) dalam kelas.Jadi bahan umpat je la jawabnya.

Aq dah cuba tidoq dari pukui 12.00 tadi,tapi tetap tak dapat tidoq lagi.Siap guling-guling katil,kira bulu kaki sendiri,kira  bulu tangan,kira janggut,istighfar banyak kali,tapi masih tak boleh tidoq.

Akhirnya,aq ambik smartphone kat  sebelah dan membuka facebook.Maka pengembaraan pon bermula...heheee..Selepas log in,aq dapat satu notifikasi  yang menunjukkan ada seseorang "friend request" dalam akaun facebook aq.

"Mawar Bergedik...Sapa pulak nie..'mutual friend' pon ramai jugak.."aq bermonolang sendirian.

Apa lagi,seperti biasa aq pon memulakan projek stalk siapa yang add aq dengan cara membuka profil Mawar Bergedik tersebut.Dan sudah pasti perkara pertama yang aq buka adalah gambarnya.

Aq melihat satu persatu gambarnya,Akhirnya,aq terjumpa gambar peribadi pemilik akaun tersebut.
Aq terkesima. Dan tersenyum sampai ke telinga.

"Haa....ini muslimat yang ada masa pengisian tadi.."aq bermonolog lagi.Kali nie  dengan perasaan yang berbunga-bunga,Seolah musim bunga pulak.

Aq dengan pantas 'approve friend'.Dan aq bertambah  berbunga apabila dia sedang online.Dengan sepantas kilat,aq terus memberikan salam...

"Assalamualaikum, Terima kasih add ana..."

Cis.Acah- soleh pulak,aq tetiba personal message dia.Beberapa minit lepas tu,dia memberikan respon.

"Walaikummussalam,Sama-sama..Terima kasih juga approve ana...;)

Aq tersenyum,Yabeda beduuuu..

Maka,bermulalahh segala-galanya..First, dengan pertukaran nombor fon masing-masing,Seterusnya,berwasap kata-kata nasihat,kemudian bertukar kepda bertanya khabar,aktiviti harian dan segala bagai.

Dan jauh dari situ,sikap aq mula berubah.Apabila depan ikhwah dan akhwah,aq nampak tegas bajet ikhwah harapan sejati.Tetapi bila di belakang mereka,aq 180 darjah berbeza dari apa yang aq cakap.Memang sembang kencang betui.

Aq pernah pergi tengok wayang bersama.Masa tu tengah  popular  cerita cinta yang diadaptasikan daripada novel.Rasa romantik ja sebab dapat tengok sama-sama.

Tapi syukur pada Allah,Allah masih sayangkan aq.Aq tak biarkan aq kekal selamanya dalam maksiat tu semua.

"Akh Samdol...Ana nak jumpa  anta kat cafe sekarang boleh?''

Aq mendapat whatapps dari seorang akhi,Aiman namanya.Entah kenapa berat gila gaban apabila ingin berjumpa ikhwah.Disebabkan Aiman dah ajak untuk kali entah yang ke berapa kalinya,aq gagahkam diri untuk berjumpa dengannya.Kami berbual sambil bertanyakan khabar dan sebagainya hinggalaa apabila Aiman memulakan perbicaraannya yang membuatkan aq terdiam seketika.

"Anta tengah bercouple kan?"

Saat itu aq seperti disambar petir kuasa 10.Tetapi aq masih nak rahsiakan lagi.

"Eh,,mana ada.Anta memandai ja...Sapa yang bagitau kepada anta?"

Aiman mula serius.

"Budak kolej sebelah.Kalau tak silap ana nama dia Siti Mukhayyam.Anta ada hubungan dengan dia kan.Zaujah ana yang bagitahu.Ana pesan kat anta,anta jangan buat usrah campur lagi dan jaga ikhtilat dengan dia.Dan  bukan anta  ke yang selalu sebut pasai ikhtilat?"

Headshot dan checkmate.Namun ego aq mengatasi segalanya.

Kami berbalas cakap sambil aq tetap mempertahankan aq punya pegangan bahawa setiap perkara asal dia hukaum harus.Jadi ikhtilat tu harus.

Aiman terkejut.Sangat terkejut.Aiman beristighfar.Dia menarik nafas panjang.

"Ana malas nak berdebat dengan anta.Ana bagi dua nasihat untuk anta sebelum ana balik.
Yang pertama,jangan guna akal untuk untuk mempertahankan kesalahan anta yang anta dah jelas gila salah.Kaedah fiqh yang anta guna  tu salah,dalil Quran pon salah guna.Yang kedua,anta balik nanti  buka Surah al- Hadid ayat 16 dan Surah as- Saff ayat 2 dan 3.Ingat tu.Anta mintak diri dulu.Assalamualaikum.

Aq menarik nafas panjang.Terasa menyesal dengan hujah sesat lagi menyesatkan yang aq gunakan tadi.Serta bodoh tak bertepian atas hujah aq tadi.Aq terus melangkah lemah menuju ke bilik.Benarlah ramai orang kata.

"Kalau dah jodoh,tak ke mana.Tetapi kalau dah bodoh,memang tak boleh bawa ke mana-mana."

Sampai di bilik aq terus mencapai satu mushaf Quran di atas meja.Dah lama aq tak baca Al Quran.Aq terus membuka Al Quran tersebut.

"Surah Al Hadid ayat ke 16 dan Surah As Saff ayat 2 dan 3..

"Ayat 16.."Aq terus mencari..

Jumpa saja ayat 16 aq terus membaca terjemahannya.

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman,untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?"

Membaca sebahagian ayat ini saja membuatkan hati aq tersentap.Seolah Allah sedang bercakap pada aq.Bulu roma aq meremang tetiba.Aq menyambong lagi membaca.

"Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka,setelah orang-orang itu melalui  masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras,dan banyak  diantarannya orang-orang fasik-derhaka."

Terasa mata aq mula berkaca.Bibir aq tak henti beristighfar panjang.Aq membuka pula surah As Saff 2 dan 3.

"Wahai orang yang beriman!Mengapa kamu katakan sesuatu yang kamu tak usahakan!.

Dush!Itu dia,checkmate terus aq.

"Amat besar kebencian di sisi Allah-kamu memperkatakan sesuatu yang tak kamu lakukan.

Itu dia.Ayat sentap daripada Allah,tiada kias,tiada kona sana sini.Tepat,sentap dan padu.Air mata aq semakin laju.Terus terbayang tazkirah dan nasihat aq kepada anak usrah, dalam usrah campur.

"Aq sembang kencang,Setakat sembang kencang,gajah pon boleh terbang..."Itu yang boleh aq simpulkan untuk diri aq.

Aq rasa lemah sangat.Rasa hina dan malu.Konklusinya,...

"Tinggalkan dia terus."

Aq menarik nafas panjang ,terus aq block, dan delete nombor dia dai telefon aq,Dan terus block dia dari FB aq.Kemudian aq hantar whatapps dalam group usrah campur aq,

"Mula hari nie,usrah campur ini terbubar.Carilah usrah sesama jantina.Ini lebih baik untuk hati,dan menyelamatkan kita daripada fitnah.Moga Allah pelihara kita.Esok pagi ana akan kick semua dan delete group nie,dan antum semua carilah usrah sesama jantina.Wallahu'allam".

Aq terus tutup smart phone.dan menangis semahunya.

#CERPEN SENTAP-AHMAD SHUKERY AZIZAN
#2 JANUARI 2016/SABTU/11.31 PM




No comments:

Post a Comment